Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 38

(2)

Tiap-tiap orang yang berniat membuat perjalanan dengan keretapi hendaklah, selepas membayar tambangnya, diberikan suatu tiket yang menyatakan kelas koc atau penginapan, dan stesen atau tempat dari mana, serta stesen atau tempat ke mana, yang baginya tambang itu telah dibayar, dan hendaklah, apabila dikehendaki berbuat demikian, menunjukkan tiketnya kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memeriksa tiket itu, dan hendaklah menyerahkan tiket itu apabila diminta kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memungut tiket.

(3)

Mana-mana orang yang membuat perjalanan tanpa tiket atau yang tidak mengemukakan atau menyerahkan tiketnya seperti yang disebut terdahulu hendaklah bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu—

(a)

tambang bagi jarak perjalanan yang telah dibuat atau, jika terdapat apa-apa keraguan tentang stesen atau tempat dari mana dia bermula, tambang dari stesen atau tempat dari mana keretapi itu mula-mula bertolak; dan

(b)

suatu caj khas sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4)

Tambang dan caj khas sedemikian hendaklah dibayar apabila diminta kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memungut tiket, dan jika tidak dibayar sedemikian, bayarannya bolehlah didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu melalui tindakan undang-undang.

Lien bagi tambang, kadar dan caj lain