Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh sesuatu syarikat keretapi dalam mana-mana koc atau di atas mana-mana tren bagi kegunaan penumpang untuk memberhentikan sesuatu tren dalam hal kecemasan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.