Malaysia legislation

Section 61

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 61

Penalti kerana mengalihkan, dsb., tonggak, pancang atau tanda lain

Mana-mana orang yang mengalihkan, mencacatkan atau dengan apa-apa jua cara mengganggu mana-mana tonggak, pancang, atau tanda lain, yang diletakkan oleh atau bagi maksud sesuatu syarikat keretapi di sepanjang landasan keretapi atau berdampingan dengannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.