Malaysia legislation
Section 89
Seksyen 89
(2)
Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang wakil Kementerian Pengangkutan;
Keretapi 71
(b)
seorang wakil Perbendaharaan;
(c)
seorang wakil Unit Perancang Ekonomi;
(d)
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;
(e)
Pengurus AsetKeretapi yang hendaklah menjadi anggota ex officio; dan
(f)
tidak lebih daripada dua orang anggota lain.
(3)
Menteri hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota Perbadanan untuk menjadi Pengerusi.
(4)
Jika Pengerusi tidak dapat hadir di mana-mana mesyuarat
Perbadanan oleh sebab sakit, ketidakupayaan atau apa-apa sebab lain, maka Menteri boleh melantik mana-mana anggota lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk mempengerusikan mesyuarat dan anggota tersebut bolehlah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.
(5)
Pengerusi dan empat orang anggota lain hendaklah membentuk kuorum di sesuatu mesyuarat Perbadanan.
(6)
Jika, mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan, terdapat undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(7)
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
(8)
Fungsi Perbadanan adalah—
(a)
untuk mengurus, mentadbir dan menyenggarakan—
(i)
segala harta dan hak Pentadbiran Keretapi Tanah
Melayu di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 92 adalah terletak hak pada Perbadanan;
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
(ii)
segala harta yang terletak hak pada, atau dipegang atau diperoleh oleh Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 93 adalah terletak hak pada Perbadanan, dan untuk mengurus dan mentadbirkan segala liabiliti berkenaan dengannya;
(b)
mengusahakan projek bagi pemajuan atau pemajuan semula mana-mana infrastruktur atau kemudahan keretapi; dan
(c)
untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini.
Pelantikan Pengurus Aset Keretapi