Malaysia legislation
Section 14
of AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023
Seksyen 14
Seksyen baharu 15a dan 15b
seksyen yang berikut:
(a)
menawarkan, memperoleh atau menjadikan tersedia seseorang kanak-kanak untuk suatu persembahan seksual;
Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap
Kanak-Kanak (Pindaan)
(b)
membuatkan atau menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual;
(c)
turut serta, sama ada sebagai peserta atau penonton, dalam persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak;
(d)
mengiklankan, mempromosikan atau memudahkan persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak;
atau
(e)
menerima apa-apa manfaat, termasuk manfaat kewangan, daripada persembahan seksual oleh seseorang kanak-kanak, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “persembahan seksual”
ertinya apa-apa perlakuan seksual secara terang-terangan yang dipersembahkan di hadapan seorang penonton atau lebih, termasuk yang dirakam atau dihantar keseluruhannya atau sebahagiannya, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau gabungan apa-apa cara.
MISALAN
(a)
A meminta Z, seorang kanak-kanak, membuat tarian riba di atas B sambil dirakam oleh A. A kemudian membuat hantaran persembahan tarian yang dirakam itu di akaun media sosialnya.
A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan turut serta sebagai peserta dalam persembahan seksual oleh kanak-kanak.
(b)
A bertemu B dalam aplikasi mencari pasangan dalam talian dan menawarkan B wang untuk mengatur suatu pertunjukan seks dengan anak-anak B. B menyuruh dua orang anaknya menanggalkan pakaian dan melakukan simulasi perlakuan seksual secara terang-terangan sambil distrim secara langsung melalui panggilan video dengan A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan seseorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual dan dengan turut serta dalam persembahan seksual oleh kanak-kanak. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menjadikan tersedia kanak-kanak untuk persembahan seksual dan memudahkan persembahan seksual oleh kanak-kanak.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1687
Pemerasan seksual kanak-kanak 15b. Mana-mana orang yang—
(a)
mengugut seseorang kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang bersifat seksual;
(b)
mengugut seseorang kanak-kanak untuk berkongsi apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai badan atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak yang mendedahkan alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubik atau dubur kanak-kanak atau mengenai kanak-kanak yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; atau
(c)
mengugut untuk menggunakan atau mengedar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai badan atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak yang mendedahkan alat kelamin, punggung, payudara, bahagian pubik atau dubur kanak-kanak atau mengenai kanak-kanak yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.
Huraian—Perbuatan mengugut di bawah seksyen ini boleh melibatkan penggunaan dorongan, paksaan atau kekerasan.
MISALAN
(a)
Z, seorang kanak-kanak, secara sukarela berkongsi gambar separuh bogelnya dengan A. A kemudian mengugut Z untuk membuat hantaran gambar itu di akaun media sosial A melainkan jika Z menghantar gambar bogel Z kepada A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.
Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap
Kanak-Kanak (Pindaan)
(b)
A menawarkan Z, seorang kanak-kanak, wang untuk menanggalkan pakaian untuk A semasa panggilan video. A merakam panggilan video itu dan kemudian mengugut Z bahawa A akan menghantar video yang dirakam itu kepada ibu bapa Z melainkan jika Z bersetuju untuk melakukan persetubuhan dengan A. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.”.
Seksyen baharu 26a dan 26b