Malaysia legislation
Section 15
of AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023
Seksyen 15
“Persembahan seksual oleh kanak-kanak 15a. (1) Mana-mana orang yang—
seksyen yang berikut:
“Perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak 26a. (1) Mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, boleh membuat suatu perintah terhadap orang yang disabitkan itu bagi pembayaran olehnya suatu jumlah wang yang hendaklah ditetapkan oleh mahkamah itu sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah sebagai pampasan kepada mangsa kanak-kanak berkenaan dengan kecederaan yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu akibat daripada kesalahan yang dilakukan itu.
(2)
Jika orang yang disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) ialah seorang kanak-kanak, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pembayaran pampasan itu dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu.
(3)
Jika mangsa kanak-kanak itu mati, mahkamah hendaklah membuat perintah supaya pembayaran pampasan itu dibuat kepada wakil mangsa kanak-kanak yang mati itu.
(4)
Mahkamah hendaklah, dalam membuat perintah di bawah subseksyen (1), mengambil kira apa-apa faktor yang mahkamah fikirkan patut termasuk—
(a)
jenis dan keseriusan kesalahan yang dilakukan itu;
(b)
kecederaan fizikal atau emosi yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1687
(c)
perbelanjaan yang ditanggung oleh mangsa kanak-kanak itu, termasuk perbelanjaan bagi rawatan, pemulihan atau kaunseling mangsa kanak-kanak itu;
(d)
kerosakan pada, atau kehilangan, harta yang dialami oleh mangsa kanak-kanak itu; dan
(e)
keupayaan orang yang disabitkan itu untuk membayar atau jika orang yang disabitkan itu ialah seorang kanak-kanak, keupayaan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk membayar.
(5)
Bagi maksud membuat perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh mengadakan suatu inkuiri sebagaimana yang difikirkannya patut.
(6)
Jika mahkamah membuat perintah bagi pembayaran kos pendakwaan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah terhadap orang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, perintah bagi pembayaran pampasan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai keutamaan daripada perintah bagi pembayaran kos pendakwaan itu.
(7)
Setakat amaun yang telah dibayar kepada mangsa kanak-kanak itu, atau kepada wakil mangsa kanak-kanak itu, di bawah suatu perintah bagi pembayaran pampasan, apa-apa tuntutan oleh mangsa kanak-kanak itu atau wakil mangsa kanak-kanak itu bagi apa-apa kecederaan, kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dipenuhi, tetapi perintah bagi pembayaran itu tidak boleh menjejaskan apa-apa hak kepada suatu remedi sivil oleh mangsa kanak-kanak itu atau oleh wakil mangsa kanak-kanak itu terhadap orang yang disabitkan bagi ganti rugi yang melebihi amaun pampasan yang dibayar di bawah perintah itu.
(8)
Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh mahkamah di bawah seksyen ini boleh dirayu kepada Mahkamah Tinggi.
Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap
Kanak-Kanak (Pindaan)
13
Peruntukan tentang pembayaran pampasan 26b. (1) Jika orang yang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak diperintahkan untuk membayar apa-apa jumlah wang sebagai pampasan di bawah seksyen 26a, mahkamah yang membuat perintah itu boleh membuat semua atau mana-mana yang berikut:
(a)
memberikan masa bagi pembayaran jumlah wang itu;
(b)
mengarahkan pembayaran jumlah wang itu secara ansuran;
(c)
mengeluarkan suatu waran bagi melevikan jumlah wang itu melalui distres dan penjualan apa-apa harta kepunyaan orang yang disabitkan itu;
(d)
mengarahkan supaya apabila ingkar membayar jumlah wang itu atau tiada distres yang mencukupi untuk menyelesaikan jumlah wang itu, orang yang disabitkan itu hendaklah menjalani pemenjaraan selama suatu tempoh yang tertentu, yang pemenjaraan itu hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa pemenjaraan lain yang dengannya dia boleh dihukum atau yang dengannya dia boleh dikenakan di bawah suatu peringanan hukuman:
Dengan syarat bahawa jika masa bagi pembayaran jumlah wang itu tidak diberikan, suatu perintah bagi pemenjaraan apabila ingkar membayar tidak boleh dikeluarkan pada mula-mulanya melainkan jika mahkamah itu mendapati bahawa orang yang disabitkan itu tidak mempunyai harta atau tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menyelesaikan jumlah wang yang kena dibayar atau bahawa levi melalui distres itu akan lebih memudaratkannya atau keluarganya daripada pemenjaraan;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1687
(e)
mengarahkan supaya orang yang disabitkan itu diperiksa dan supaya apa-apa wang yang didapati padanya apabila diperiksa sedemikian atau yang jika dia dikomitkan ke penjara, boleh didapati padanya apabila dibawa ke penjara hendaklah digunakan bagi pembayaran jumlah wang itu, yang lebihannya, jika ada, dipulangkan kepadanya:
Dengan syarat bahawa wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika mahkamah itu berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang yang disabitkan itu yang padanya wang itu didapati atau bahawa kehilangan wang itu akan lebih memudaratkan keluarganya daripada pemenjaraannya.
(2)
Tempoh yang baginya mahkamah mengarahkan supaya orang yang disabitkan itu dipenjarakan apabila ingkar membayar jumlah wang itu atau tiada distres yang mencukupi untuk menyelesaikan apa-apa jumlah wang tidak boleh melebihi skala yang berikut:
Apabila wang yang hendaklah dibayar tidak melebihi RM500
… … … …
Satu bulan
Apabila wang yang hendaklah dibayar melebihi
RM500 tetapi tidak melebihi RM1000 … … … …
Dua bulan
Dalam apa-apa hal lain
… … … …
Enam bulan
(3)
Pemenjaraan yang dikenakan oleh mahkamah di bawah seksyen ini hendaklah tamat pada bila-bila masa wang itu dibayar atau dilevikan melalui proses undang-undang.
(4)
Jika sebelum habis masa pemenjaraan itu sekian kadar wang itu dibayar atau dilevikan yang masa pemenjaraan yang telah dijalani adalah tidak kurang daripada perkadaran dengan bahagian wang yang masih belum dibayar, pemenjaraan itu hendaklah tamat.
(5)
Suatu waran untuk melevikan apa-apa jumlah wang sedemikian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia tetapi jika ia dikehendaki dilaksanakan di luar
Negeri di mana waran itu dikeluarkan, waran itu hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh Hakim atau Majistret Kelas
Pertama yang mempunyai bidang kuasa di dalam Negeri di mana waran itu dikehendaki dilaksanakan.”.