Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Seseorang pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menangkap tanpa waran mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia adalah orang yang baginya subseksyen 13(1) terpakai dan mana-mana orang yang ditangkap demikian boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam, sementara menanti keputusan sama ada suatu perintah di bawah subseksyen itu patut dibuat.
(3)
Seseorang pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menangkap mana-mana orang yang diperintahkan supaya disingkirkan dari kawasan itu di bawah seksyen 13 dan boleh menahan orang itu selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam bagi maksud mengeluarkannya dari kawasan itu.
(4)
Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberi oleh Akta ini hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah dan boleh ditahan di mana-mana penjara atau di mana-mana balai polis atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau secara khas oleh Ketua Pegawai Polis.
(5)
Tiap-tiap kesalahan di bawah Akta ini atau yang boleh dihukum di bawah seksyen 28 dan tiap-tiap kesalahan yang dilakukan dalam kawasan diproklamasi terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Kedua, adalah kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin bagi maksud Kanun
Tatacara Jenayah.
Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan