Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958

Seksyen 18

(a)

melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang gagal mematuhi suatu perintah di bawah seksyen 7 atau yang dia mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki telah melakukan dalam suatu kawasan diproklamasi suatu kesalahan terhadap seksyen 23, 24,

25 atau 29 atau yang boleh dihukum di bawah seksyen 28 atau terhadap apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Kedua;

(b)

mengatasi tentangan berkekerasan yang diberi oleh mana-mana orang terhadap penangkapan itu; atau

(c)

mencegah pelarian daripada penangkapan atau pembebasan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, untuk menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan kes itu, yang mana kekerasan itu boleh meliputi sehingga penggunaan senjata maut.

(2)

Tiap-tiap orang yang ditahan dalam hal keadaan yang disebut dalam perenggan 1(a) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberi amaran dengan jelasnya mengenai perenggan (c) subseksyen tersebut.

(3)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam 96 hingga 106, termasuk kedua-duanya, Kanun Keseksaan.

(4)

Jadual Kedua boleh ditambah, diubah atau dipinda melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

Kawalan senjata

Section 18 — AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958