Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Menteri boleh, dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3 berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian, dari semasa ke semasa, walaupun lesen atau permit mungkin telah dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan
Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 21
dengan senjata itu, melalui perintah, melarang penggunaan, milikan atau jagaan senjata di mana-mana bahagian Malaysia selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah tersebut; dan boleh pada masa yang sama memberi arahan–
(a)
bagi pengambilan dalam jagaan akan senjata;
(b)
bagi pembatalan atau penggantungan lesen atau permit bagi senjata selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu;
(c)
bagi memberi notis mengenai perintah itu kepada mana-mana orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya; atau
(d)
pada amnya bagi melaksanakan perintah itu.
Kuasa anggota angkatan bersenjata