Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958

Seksyen 23

Mana-mana orang yang dalam mana-mana kawasan diproklamasi menggunakan dengan menyalahi undang-undang dan niat jahat apa-apa senjata berbahaya atau menyebabkan dengan apa-apa bahan letupan suatu letupan daripada jenis yang mungkin membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan teruk kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta atau menggunakan apa-apa bahan kakisan atau mudah terbakar dengan cara yang mungkin membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan teruk kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta, sama ada apa-apa kecederaan kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta telah sebenarnya dilakukan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga disebat.

Berdampingan dengan orang yang menggunakan senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar

Section 23 — AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958