Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958

Seksyen 24

Jika mana-mana orang berdampingan dengan atau didapati bersama dengan seorang lain yang sedang melakukan atau cuba melakukan atau sedang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan kepada perlakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 23

atau yang baru-baru ini telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan sedemikian atau melakukan perbuatan sedemikian orang itu jika ia berdampingan demikian atau dijumpai demikian dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan munasabah bahawa dia bercadang hendak atau hampir akan bertindak atau baru-baru ini telah bertindak dengan orang lain itu dengan apa-apa cara yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam dalam mana-mana kawasan diproklamasi melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan boleh disebat.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 296

Membawa, dsb., senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar dalam suatu kawasan diproklamasi

Section 24 — AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958