Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Dalam mana-mana kawasan proklamasi–
(a)
Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah atau dengan memberi arahan atau dengan apa-apa cara lain yang difikirkannya patut mengawal selia, menyekat, mengawal atau melarang
Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 9
penggunaan mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau mana-mana tempat awam atau menutup mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau tempat awam kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam atau kepada apa-apa kenderaan atau vesel atau kelas kenderaan atau vesel;
(b)
jika ternyata kepada pegawai kanan polis yang berada di sesuatu bahagian mana-mana kawasan tersebut bahawa, untuk memulihkan atau menyenggara ketenteraman awam di tempat itu, adalah perlu untuk mengawal selia, menyekat, mengawal atau melarang penggunaan mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau mana-mana tempat awam di bahagian, atau yang memberi akses ke bahagian itu, atau untuk menutup mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau tempat awam tersebut dan bahawa keadaannya adalah terlalu mendesak atau menghubungi pegawai yang mempunyai kuasa di bawah perenggan (a), maka pegawai itu boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan itu kepada Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah
Polis:
Dengan syarat bahawa kuasa yang diberi oleh perenggan (b) tidaklah boleh dijalankan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat lebih rendah daripada
Sarjan:
Dan dengan syarat bahawa tiada perintah di bawah perenggan (b) boleh menjadi sah setelah habisnya tempoh dua puluh empat jam dari masa ia dibuat melainkan jika dibuat atau disahkan oleh Ketua Pegawai Polis atau
Pegawai Penjaga Daerah Polis yang mempunyai kuasa di bawah perenggan (a).
Larangan dan penyuraian perhimpunan