Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah melarang secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 296
syarat yang difikirkannya patut apa-apa perarakan, perjumpaan atau perhimpunan lima orang atau lebih di mana-mana tempat awam dalam kawasan itu atau di mana-mana tempat atau bangunan tertentu, sama ada awam atau persendirian, dalam kawasan tersebut;
(b)
apa-apa perarakan, perjumpaan atau perhimpunan lima orang atau lebih di mana-mana jua pun tempat boleh, sama ada atau tidak suatu perintah telah pun dibuat melarang mana-mana perarakan, perjumpaan atau perhimpunan itu di bawah perenggan (a), diperintahkan supaya bersurai oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi dan sesudah itu adalah menjadi kewajipan anggota perarakan, perjumpaan atau perhimpunan itu untuk bersurai dengan sewajarnya.
(2)
Mana-mana pegawai polis boleh, jika perlu untuk keselamatan awam, menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu bagi menyuraikan mana-mana perarakan, perjumpaan, perhimpunan yang diperintahkan supaya bersurai atau dilarang di bawah seksyen ini, yang mana kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.
Sawar