Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Suatu rakaman video di bawah subseksyen (1) tidak boleh diterima melainkan jika—
(a)
disertakan dengan suatu transkrip bahasa asal yang digunakan dalam rakaman video itu; dan
(b)
disertakan dengan suatu terjemahan transkrip itu, jika bahasa yang digunakan dalam rakaman video itu adalah selain bahasa kebangsaan.
(3)
Suatu perakuan oleh seseorang yang membuat rakaman video menurut subseksyen (1) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima sebagai keterangan prima facie tentang ketulenan kandungan rakaman video itu.
(4)
Jika suatu rakaman video itu diterima di bawah seksyen ini, saksi kanak-kanak itu hendaklah dipanggil untuk diperiksa utama selanjutnya oleh pihak yang mengemukakan rakaman video itu dalam keterangan atas apa-apa perkara yang, pada pendapat pihak itu, telah tidak diperkatakan dengan secukupnya dalam testimoni saksi kanak-kanak yang direkodkan itu.
(5)
Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, jika saksi kanak-kanak itu dipanggil untuk diperiksa utama selanjutnya di
10
Undang-Undang Malaysia bawah subseksyen (4), dia boleh memberi keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung.
(6)
Jika suatu rakaman video diberikan dalam keterangan di bawah seksyen ini, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh saksi kanak-kanak itu yang didedahkan dalam rakaman itu hendaklah disifatkan seolah-olah diberikan oleh saksi kanak-kanak itu dalam keterangan lisan terus.
(7)
Dalam hal saksi kanak-kanak yang telah mengangkat sumpah,
Mahkamah hendaklah menerima pernyataan yang dibuat oleh saksi kanak-kanak dalam rakaman video itu sebagai keterangan bersumpah.
(8)
Dalam hal keterangan saksi kanak-kanak yang masih mentah,
Mahkamah, apabila menimbangkan pernyataan dalam rakaman video sebagai keterangan hendaklah menilai dan membuat suatu pendapat sama ada saksi kanak-kanak itu memiliki akal yang cukup dan faham tentang kewajipan bercakap benar, walaupun dengan tidak mengangkat sumpah.
Pendengaran khas