Malaysia legislation

Section 6A

of *AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK 2007

Seksyen 6A

(2)

Semasa pendengaran khas itu, seseorang saksi kanak-kanak hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama oleh pihak kepada prosiding yang memanggilnya, kemudiannya, diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian oleh pihak menentang, kemudiannya pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil saksi kanak-kanak itu.

Keterangan Saksi Kanak-Kanak 11

(3)

Jika keterangan saksi kanak-kanak telah diberikan melalui suatu pendengaran khas, saksi kanak-kanak itu tidak boleh dipanggil semula untuk pemeriksaan utama, pemeriksaan balas atau pemeriksaan semula selanjutnya dalam prosiding kes itu melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa—

(a)

pemeriksaan itu diminta oleh suatu pihak kepada prosiding itu disebabkan setelah pihak itu menyedari pada masa keterangan itu direkodkan mengenai hal perkara yang tidak dapat dipastikan oleh pihak itu dengan usaha yang munasabah pada ketika itu; atau

(b)

demi kepentingan keadilan untuk membenarkan pemeriksaan lanjut saksi kanak-kanak itu jika keterangan saksi kanak-kanak itu didapati oleh Mahkamah penting untuk mencapai keputusan yang adil dalam kes itu.

(4)

Seseorang saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas boleh memberikan keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung atau gabungan kedua-duanya.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, Mahkamah boleh, jika perlu, memberikan apa-apa arahan mengenai apa-apa hal perkara lain yang berhubungan dengan pendengaran khas sebagaimana yang

Mahkamah fikirkan sesuai.

Soalan tidak wajar

Section 6A — AKTA KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK 2007