Malaysia legislation

Section 28b

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 28b

Ketua Pengarah boleh melalui notis di bawah tandatangannya menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan dalam masa yang dinyatakan dalam notis,

Undang-Undang Malaysia 180

Akta 851

tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh disampaikan notis itu, suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir mengenai—

(a)

semua akaun bank—

(i)

atas namanya sendiri atau nama isteri atau anak tanggungannya atau secara bersesama atas apa-apa nama itu;

(ii)

yang dia berkepentingan atau telah berkepentingan sama ada secara bersesama atau tunggal; atau

(iii)

yang orang itu berkuasa atau telah berkuasa untuk menggunakan secara bersesama atau tunggal, yang merupakan akaun yang sedia ada atau telah ada pada bila-bila masa dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis;

(b)

semua akaun simpanan dan pinjaman, deposit, akaun syarikat bangunan dan akaun syarikat kerjasama yang mengenainya orang itu ada atau telah mempunyai apa-apa kepentingan atau kuasa untuk menggunakannya secara bersesama atau tunggal dalam tempoh itu;

(c)

semua aset yang orang itu dan mana-mana isteri atau anak tanggungannya sedang dimiliki atau telah dimiliki dalam tempoh itu;

(d)

semua pelupusan orang itu dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada pelupusan itu; dan

(e)

semua fakta mengenai cukai yang boleh dikenakan ke atasnya sekarang atau dahulu.

Kewangan (No. 2)

181

Kewajipan untuk menyimpan dokumen bagi menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar 28c.  (1)  Tertakluk pada seksyen ini, tiap-tiap orang yang dikehendaki untuk mengemukakan suatu penyata pelupusannya bagi suatu tahun taksiran di bawah Akta ini hendaklah menyimpan dan memegang simpan dalam jagaan selamat dokumen yang mencukupi bagi suatu tempoh tujuh tahun dari akhir tahun taksiran itu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar olehnya.

(2)

Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) tidak mengemukakan suatu penyata yang dikehendaki di bawah

Akta ini bagi suatu tahun taksiran, orang itu hendaklah menyimpan dan memegang simpan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) yang berhubungan dengan tahun taksiran itu bagi suatu tempoh tujuh tahun selepas akhir tahun penyata itu dikemukakan.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengetepikan semua atau mana-mana peruntukan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan apa-apa pelupusan.

(4)

Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seksyen ini untuk menyimpan dokumen dan—

(a)

berbuat demikian secara elektronik, hendaklah memegang simpan dokumen itu dalam format elektronik yang boleh dibaca dan hendaklah menyimpan dokumen itu mengikut cara yang sedemikian rupa untuk membolehkan dokumen itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan; atau

(b)

telah pada asalnya menyimpan dokumen dalam bentuk manual dan kemudiannya menukarkan dokumen itu ke dalam bentuk elektronik, hendaklah memegang simpan dokumen itu sebelum ditukarkan dalam bentuk asalnya.

(5)

Semua dokumen yang berkaitan dengan apa-apa pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai di Malaysia hendaklah disimpan dan dipegang simpan di Malaysia.

Undang-Undang Malaysia 182

Akta 851

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” termasuklah—

(a)

penyata keuntungan yang boleh dikenakan cukai;

(b)

penyata pendapatan dan kos sampingan; dan

(c)

invois, baucar, resit dan apa-apa dokumen lain yang perlu untuk menentusahkan butir-butir dalam penyata.”.

Pindaan seksyen 57a