Malaysia legislation

Section 48

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 48

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk meminta penyata spesifik dan pengemukaan buku 28a.  Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada atau tidak seseorang boleh dikenakan cukai atau bagi menentukan liabilitinya, Ketua Pengarah boleh melalui notis di bawah tandatangannya menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain—

(a)

untuk memenuhi dan menyerahkan kepada

Ketua Pengarah dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh disampaikan notis itu, apa-apa penyata yang dinyatakan dalam notis;

(b)

untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, akaun, penyata dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah;

(c)

untuk menyediakan penyata mengikut perenggan (a)

dan untuk hadir juga menurut perenggan (b); atau

(d)

untuk memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.

Kuasa untuk meminta penyata akaun bank, dsb.