Malaysia legislation

Section 38

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 38

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 13

seksyen yang berikut:

“Pindaan penyata 13a.  (1)  Jika bagi suatu tahun taksiran seseorang telah mengemukakan suatu penyata mengikut seksyen 13, orang itu boleh membuat pindaan kepada penyata itu dalam suatu penyata terpinda sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua

Pengarah berkenaan dengan amaun cukai atau cukai tambahan kena dibayar oleh orang itu ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau ke atas amaun cukai yang telah atau mungkin telah dibayar balik secara salah kepadanya.

(2)

Suatu penyata terpinda di bawah subseksyen (1) hanya boleh dibuat selepas tarikh genap masa bagi mengemukakan penyata mengikut seksyen 13, tetapi tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh itu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, penyata terpinda hendaklah—

(a)

menyatakan amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan amaun cukai atau cukai tambahan kena dibayar ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu;

(b)

menyatakan amaun cukai yang kena dibayar ke atas cukai yang telah atau mungkin telah dibayar balik secara salah kepadanya;

(c)

menyatakan jumlah kenaikan yang ditentukan mengikut subseksyen (4); atau

(d)

mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(4)

Cukai atau cukai tambahan kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah dinaikkan dengan suatu jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada amaun cukai atau cukai tambahan itu.

Kewangan (No. 2)

(5)

Pindaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekali sahaja.

(6)

Jika—

(a)

suatu penyata bagi suatu tahun taksiran telah dikemukakan mengikut seksyen 13; dan

(b)

Ketua Pengarah telah membuat suatu taksiran bagi tahun taksiran itu di bawah seksyen 15, tiada pindaan boleh dibenarkan di bawah seksyen ini.”.

Pindaan seksyen 14

Section 38 — AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023 | mylaw.my