Malaysia legislation

Section 39

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 39

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika seseorang telah mengemukakan suatu penyata mengikut seksyen 13, Ketua Pengarah hendaklah disifatkan telah membuat, pada hari penyata itu dikemukakan, suatu taksiran berkenaan dengan orang itu dalam amaun cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai, cukai dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu masing-masing adalah amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1)

subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud Akta ini, jika Ketua Pengarah disifatkan sebagai telah membuat suatu taksiran di bawah subseksyen (1)—

(a)

penyata yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan sebagai suatu notis taksiran; dan

Undang-Undang Malaysia 172

Akta 851

(b)

notis taksiran yang disifatkan itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu pada hari Ketua Pengarah disifatkan sebagai telah membuat taksiran itu.”.

Pindaan seksyen 15