Malaysia legislation

Section 42

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 42

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 16

seksyen yang berikut:

“Pelepasan taksiran dua kali 16a.  Jika dua atau lebih taksiran telah dibuat berkenaan dengan seseorang ke atas keuntungan yang sama berkenaan dengan aset yang boleh dikenakan cukai yang sama bagi suatu tahun taksiran, Ketua Pengarah boleh melepaskan taksiran itu sebagaimana perlu untuk dilepaskan bagi memastikan keuntungan itu dikenakan cukai sekali sahaja bagi tahun itu.”.