Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 11

Lesen

(2)

Seseorang pemohon untuk suatu lesen atau untuk membaharui atau memindah milik suatu lesen hendaklah memberi secara bertulis atau dengan cara lain apa-apa maklumat yang difikirkan perlu dan berkaitan dengan permohonan itu oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah—

(a)

boleh meluluskan sesuatu permohonan untuk suatu lesen atau untuk membaharui atau memindah milik suatu lesen, sama ada tertakluk pada syarat-syarat atau dengan tak bersyarat dan jika sesuatu permohonan diluluskan tertakluk pada syarat-syarat, maka syarat-syarat itu hendaklah dinyatakan dalam lesen yang dimaksudkan oleh permohonan itu;

(b)

boleh dalam masa berkuatkuasanya sesuatu lesen membatalkan atau mengubah sesuatu syarat yang dikenakan kepada lesen itu atau mengenakan syarat-syarat baharu kepadanya sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai menggantikan syarat-syarat yang sedia ada dan hendaklah memberitahu pemegang lesen itu tentang tindakannya bagi maksud itu; atau

(c)

tidak boleh meluluskan sesuatu permohonan untuk suatu lesen berkenaan dengan sesuatu premis yang penggunaannya sebagai demikian akan melanggar sesuatu skim rancangan bandar, atau mana-mana undang-undang berhubungan dengan penggunaan atau kemajuan tanah.

(4)

Sebelum mengubah sesuatu syarat yang dikenakan kepada lesen atau sebelum mengenakan syarat-syarat baharu kepada lesen, Ketua

Pengarah hendaklah mempertimbangkan—

Kualiti Alam Sekeliling 27

(a)

sama ada memadankan kelengkapan, kelengkapan kawalan atau loji perindustrian yang sedia ada bagi mematuhi syarat yang diubah atau yang baharu akan boleh dipraktikkan;

(b)

lamanya kelengkapan, kelengkapan kawalan atau loji perindustrian yang sedia ada boleh dipakai secara ekonomi, dengan memandang kepada tarikh ianya dibeli;

(c)

kuantiti atau takat susutan keluaran, lepasan atau letakan buangan-buangan yang akan dicapai dengan syarat yang diubah atau yang baharu itu;

(d)

kos yang dianggarkan yang akan dilakukan oleh pemegang lesen bagi mematuhi syarat yang diubah atau yang baharu itu; dan

(e)

jenis dan besarnya tred, proses atau perindustrian yang sedang dijalankan dalam premis itu.

(5)

Dalam sesuatu hal yang baginya dipakai perenggan (3)(c), permohonan untuk lesen hendaklah disifatkan sebagai diputuskan dengan muktamad dengan keengganan meluluskan permohonan itu, atau jika suatu rayuan dibuat terhadap keengganan itu, apabila keputusan dibuat mengenai rayuan itu.

Kuasa untuk mengenakan syarat-syarat kepada lesen

Section 11 — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my