Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(a)
boleh menghendaki pemegang lesen itu—
(i)
membaiki, mengubah atau mengganti sesuatu kelengkapan dalam atau pada mana-mana premis yang dinyatakan dalam lesen itu;
(ii)
memasang dan mengendalikan kelengkapan kawalan dalam atau pada mana-mana premis yang dinyatakan
28
Undang-Undang Malaysia dalam lesen itu;
(iii)
membaiki, mengubah atau menggantikan sesuatu kelengkapan kawalan yang dipasang dalam atau pada mana-mana premis yang dinyatakan dalam lesen itu;
(iv)
menjalankan, atas perbelanjaannya sendiri, sesuatu program pengawasan yang direka bentuk untuk memberi maklumat kepada
Ketua
Pengarah berkenaan dengan ciri-ciri, kuantiti atau kesan-kesan keluaran, lepasan, atau letakan yang berkenaan dengannya lesen itu dikeluarkan, dan maklumat yang direkodkan oleh program itu hendaklah diberi kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah; atau
(v)
menjalankan mana-mana daripada kehendak-kehendak yang ditanggungkan ke atasnya di bawah peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam perenggan ini dalam tempoh yang dinyatakan dalam syarat-syarat itu; atau
(b)
boleh melarang pemegang lesen itu daripada mengubah atau mengganti sesuatu kelengkapan kawalan yang dipasang dalam atau pada mana-mana premis yang dinyatakan dalam lesen itu kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.
(2)
Jika sesuatu hak untuk merayu diberi di bawah Akta ini terhadap keputusan Ketua Pengarah mengenakan sesuatu syarat kepada sesuatu lesen, apa-apa syarat yang dikenakan sedemikian tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa sehingga telah tamat masa yang dihadkan untuk merayu terhadap syarat itu dan, jika sesuatu rayuan terhadap syarat itu telah dibuat dengan sempurnanya di bawah Akta ini, sehingga pembicaraan rayuan itu mengesahkan keputusan Ketua Pengarah mengenakan syarat itu.
Kualiti Alam Sekeliling 29
Tempoh dan pembaharuan lesen