Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain—
“alam sekeliling” ertinya faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi bagi binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan dan faktor-faktor sosial astetika;
“audit alam sekeliling” ertinya penilaian berkala, sistematik, didokumenkan dan penilaian objektif untuk menentukan—
(a)
status pematuhan kepada kehendak pengawalan alam sekeliling;
(b)
sistem pengurusan alam sekeliling; dan
(c)
risiko alam sekeliling secara keseluruhan bagi premis;
“barang-barang” termasuklah benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar dan buangan;
“benda berbahaya kepada alam sekeliling” ertinya apa-apa benda semulajadi atau buatan, termasuklah apa-apa bahan mentah, sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap, atau dalam campuran sekurang-kurangnya dua daripada benda ini, atau apa-apa organisma hidup yang dicadangkan bagi apa-apa perlindungan, pemeliharaan dan aktiviti kawalan, yang boleh menyebabkan pencemaran;
“boleh dipraktikkan” ertinya boleh dipraktikkan dengan munasabah memandang, antara lain, kepada keadaan dan hal-hal tempatan dan kepada keadaan semasa pengetahuan teknikal dan istilah “cara boleh dipraktikkan” termasuklah mengadakan dan menyenggara loji dengan cekap dan menggunakan loji itu dengan sepatutnya dan penyeliaan oleh atau bagi pihak penduduk akan sesuatu proses atau kendalian;
“buangan” termasuklah apa-apa benda yang ditetapkan sebagai buangan terjadual, atau apa-apa benda sama ada dalam bentuk pepejal,
Kualiti Alam Sekeliling 11
separuh pepejal, atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling dalam apa-apa isipadu, komposisi atau cara yang menyebabkan pencemaran;
“buangan terjadual” ertinya apa-apa buangan yang ditetapkan oleh
Menteri dalam peraturan-peraturan sebagai buangan terjadual;
“campuran mengandungi minyak” ertinya sesuatu campuran dengan apa-apa kandungan minyak yang ditentukan oleh Menteri atau, jika kandungan minyak itu tidak ditentukan, sesuatu campuran dengan kandungan minyak sebanyak satu ratus bahagian atau lebih dalam satu juta bahagian campuran itu;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau diteruskan oleh Akta ini;
“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, pada apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau alat, dengan menggunakan—
(a)
apa-apa huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau bentuk pernyataan, perihalan atau gambaran lain;
(b)
suatu rakaman visual (sama ada apa-apa imej kaku atau bergerak);
(c)
suatu rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain, atau oleh apa-apa bunyi, tekanan elektronik atau data lain; atau
(d)
suatu rakaman, atau pemancaran, atas suatu jarak apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), atau dalam perenggan ini;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Kumpulan Wang Alam
Sekeliling yang ditubuhkan di bawah seksyen 36C;
12
Undang-Undang Malaysia
“kapal” termasuklah tiap-tiap jenis vesel atau perahu atau binaan terapung;
“kegunaan berfaedah” ertinya sesuatu kegunaan alam sekeliling atau apa-apa unsur atau segmen alam sekeliling yang bermanfaat kepada kesihatan, kebajikan atau keselamatan awam dan yang memerlukan perlindungan daripada kesan-kesan buangan-buangan, lepasan-lepasan, keluaran-keluaran dan letakan-letakan;
“kelengkapan kawalan” termasuklah—
(a)
apa-apa perkakas untuk memungut buangan-buangan;
(b)
apa-apa alat automatik yang digunakan untuk membolehkan sesuatu kelengkapan dikendalikan dengan lebih cekap;
(c)
apa-apa alat untuk menunjuk atau merekod pencemaran atau untuk memberi amaran mengenai pencemaran yang berlebih-lebihan; dan
(d)
apa-apa alat atau kemudahan lain yang digunakan bagi maksud menghadkan pencemaran;
“keluaran yang ditetapkan” ertinya apa-apa keluaran yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan 30A(1)(b);
“kenderaan” ertinya suatu struktur yang berupaya bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi mengangkut orang atau benda dan yang sentiasa bersentuhan dengan permukaan bumi semasa bergerak;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang disebutkan dalam seksyen 3;
“komputer” ertinya apa-apa alat, yang dikenalpasti dengan nama atau perihalan apa pun, bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau hal, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih; dan, jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau
Kualiti Alam Sekeliling 13
lebih sebagai kombinasi, disatukan, atau berturutan, komputer itu hendaklah dikira sebagai satu komputer;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Alam Sekeliling yang ditubuhkan di bawah seksyen 36B;
“loji perindustrian” ertinya sesuatu loji yang digunakan untuk menjana kuasa atau untuk apa-apa kegunaan perindustrian atau untuk mengendalikan kapal, kapal korek, lokomotif, kren atau lain-lain mesin;
“Majlis” ertinya Majlis Kualiti Alam Sekeliling yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi perlindungan alam sekeliling;
“minyak” ertinya—
(a)
minyak mentah, minyak disel, minyak bahan api dan minyak pelincir; dan
(b)
apa-apa lain jenis minyak yang ditetapkan oleh Menteri;
“orang yang berwibawa”
ertinya orang yang berwibawa untuk menjalankan aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 49A;
“orang yang layak” ertinya seseorang yang memenuhi kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan audit alam sekeliling dan penilaian kesan kepada alam sekeliling, dan untuk mengemukakan laporan mengenainya;
“pembakaran terbuka” ertinya apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong;
14
Undang-Undang Malaysia
“pembawa yang ditetapkan” ertinya kenderaan atau kapal yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 18 sebagai pembawa yang ditetapkan;
“pemunya” berhubung dengan—
(a)
mana-mana premis, ertinya—
(i)
tuan punya berdaftar premis itu;
(ii)
pemegang pajak bagi sesuatu pajakan termasuklah suatu pajakan kecil premis itu, sama ada didaftarkan atau tidak;
(iii)
ejen atau pemegang amanah mana-mana pemunya yang diperihalkan dalam subperenggan (i) dan (ii)
takrif ini atau jika pemunya yang diperihalkan dalam subperenggan (i) dan (ii) itu tidak dapat dikesan atau telah mati, wakil dirinya yang sah di sisi undang-undang; atau
(iv)
orang yang pada masa itu menerima sewa premis itu sama ada bagi faedahnya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah bagi mana-mana orang lain atau sebagai penerima atau yang akan menerima sewa jika premis itu disewakan kepada seorang penyewa;
(b)
sesuatu kapal, ertinya—
(i)
orang yang didaftarkan sebagai pemunya kapal itu;
(ii)
jika tiada pendaftaran, orang yang mempunyai kapal itu;
(iii)
dalam hal kapal yang dipunyai oleh mana-mana negeri dan dikendalikan oleh suatu syarikat yang berdaftar dalam negeri itu sebagai pengendali kapal,
“pemunya” hendaklah termasuk negeri itu; atau
Kualiti Alam Sekeliling 15
(iv)
ejen atau pemegang amanah mana-mana pemunya yang diperihalkan dalam subperenggan (i), (ii)
dan (iii), atau jika pemunya yang diperihalkan dalam subperenggan (i) dan (ii) itu tidak dapat dikesan atau telah mati, wakil dirinya yang sah di sisi undang-undang;
(c)
mana-mana kenderaan atau pesawat udara, ertinya orang yang berdaftar sebagai pemunya kenderaan atau pesawat udara itu;
“pencemar” ertinya apa-apa benda semulajadi atau buatan, sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap, atau campuran sekurang-kurangnya dua daripada benda ini, atau bau-bau busuk atau bunyi bising atau haba yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan atau yang berkemungkinan dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan daripada mana-mana sumber yang boleh secara langsung atau tidak langsung menyebabkan pencemaran dan termasuk apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling;
“pencemaran” ertinya suatu perbuatan atau proses, sama ada semula jadi atau buatan, yang menyebabkan kemasukan apa-apa bahan cemar ke dalam alam sekeliling dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 21;
“penduduk” ertinya seseorang yang menduduki atau mengawal—
(a)
mana-mana premis; atau
(b)
berhubungan dengan premis yang bahagian yang berlainan diduduki oleh orang yang berlainan, orang yang masing-masingnya menduduki atau mengawal setiap bahagian itu; atau
(c)
apa-apa kenderaan, kapal atau pesawat udara;
“perairan daratan” ertinya apa-apa takungan, kolam, tasik, sungai, anak sungai, tali air, parit, mata air atau telaga, atau mana-mana
16
Undang-Undang Malaysia bahagian laut di atas tikas air rendah di sepanjang pantai, atau mana-mana badan dengan permukaan semulajadi atau buatan yang lain atau subpermukaan air;
“perairan wilayah” ertinya “laut wilayah” dan hendaklah ditafsirkan tertakluk pada peruntukan *Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750];
“pesawat udara” termasuklah apa-apa jenis kenderaan yang digunakan bagi membawa penumpang atau barang-barang melalui udara;
“pihak berkuasa tempatan” termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan dan melaksanakan kuasa dan kewajipan yang diberikan kepada atau dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“premis” termasuklah mesuaj, bangunan, tanah, dan hereditamen tiap-tiap pemegangan dan apa-apa jentera atau loji;
“premis ditetapkan” ertinya sesuatu premis yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah seksyen 18;
“program pengawasan” ertinya segala tindakan yang diambil dan segala kelengkapan yang digunakan bagi maksud mengesan atau mengukur dari segi kuantiti atau kualiti adanya, jumlah atau aras apa-apa benda, ciri atau kesan;
“rancangan fizikal” ertinya—
(i)
rancangan fizikal negara di bawah Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
(ii)
rancangan fizikal yang meliputi Sabah di bawah Ordinan
Perancangan Bandar dan Desa [Sabah Bab 141];
*CATATAN—Apa-apa sebutan yang dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis, perkiraan atau surat cara yang lain mengenai “perairan wilayah” hendaklah setakat yang sebutan itu menyentuh undang-undang persekutuan bererti “laut wilayah” dan hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada peruntukan
Akta ini–lihat seksyen 6 Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750].
Kualiti Alam Sekeliling 17
(iii)
rancangan fizikal yang meliputi Sarawak di bawah Kanun
Tanah Sarawak [Bab 81];
“rancangan pemajuan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“risiko alam sekeliling” ertinya apa-apa risiko, bahaya atau kemungkinan akibat buruk yang boleh terjadi pada alam sekeliling;
“segmen” berhubungan dengan alam sekeliling ertinya mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian alam sekeliling yang dinyatakan mengikut ukuran isipadu, ruangan, keluasan, kuantiti, kualiti atau masa atau apa-apa campurannya;
“sistem pengurusan alam sekeliling” ertinya sistem yang terdiri daripada suatu struktur organisasi dengan tanggungjawab, amalan, prosedur, proses dan sumbernya bagi melaksanakan dan menyenggara sistem yang berhubungan dengan alam sekeliling;
“tanah-tanih” termasuklah tanah, pasir, batu-batan, syal, galian dan tumbuh-tumbuhan dalam tanah-tanih;
“transit” ertinya laluan berterusan dari satu sempadan ke sempadan lain melalui wilayah dan perairan Malaysia tanpa simpanan;
“tred” ertinya apa-apa tred, urusan atau pengusahaan sama ada biasanya dijalankan di premis yang tetap atau di berbagai-bagai tempat yang mengakibatkan pelepasan buangan-buangan dan termasuklah apa-apa aktiviti yang ditetapkan sebagai suatu tred, urusan atau pengusahaan bagi maksud-maksud Akta ini;
“unsur” berhubungan dengan alam sekeliling ertinya mana-mana daripada bahagian-bahagian juzuk utama alam sekeliling, termasuk air, udara, tanah-tanih, tumbuh-tumbuhan, iklim, bunyi, bau, astetika, ikan dan hidupan liar.
18
Undang-Undang Malaysia