Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 3

(a)

mentadbirkan Akta ini dan apa-apa peraturan dan perintah yang dibuat di bawahnya;

(b)

bertanggungjawab atas dan menyelaraskan segala aktiviti berhubungan dengan pelepasan buangan-buangan ke alam sekeliling dan bagi mencegah atau mengawal pencemaran dan melindungi dan membaiki kualiti alam sekeliling;

(c)

mengesyorkan kepada

Menteri dasar perlindungan alam sekeliling dan pengkelasan-pengkelasan bagi perlindungan mana-mana bahagian alam sekeliling atau mana-mana segmen alam sekeliling berkenaan dengan kegunaan-kegunaan dan nilai-nilai, sama ada zahir atau tak zahir, yang hendak diperlindungi, kualiti yang hendak disenggara, takat pelepasan buangan-buangan boleh dibenarkan tanpa memudaratkan kualiti alam sekeliling, kegunaan dan rancangan kemajuan jangka panjang dan apa-apa faktor lain berhubungan dengan perlindungan dan pembaikan alam sekeliling;

(d)

mengawal, dengan mengeluarkan lesen, isipadu, jenis-jenis, juzuk-juzuk dan kesan-kesan buangan-buangan, lepasan-lepasan, keluaran-keluaran, letakan-letakan atau lain-lain punca keluaran dan benda-benda yang merbahaya atau yang mungkin merbahaya kepada kualiti alam sekeliling atau mana-mana segmen alam sekeliling;

(e)

menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan tentang sebab-sebab, jenis, takat pencemaran dan tentang cara-cara

Kualiti Alam Sekeliling 19

mencegah pencemaran dan membantu dan bekerjasama dengan lain-lain orang atau badan yang menjalankan pemeriksaan atau penyiasatan yang seumpamanya;

(f)

menjalan, memajukan dan menyelaraskan penyelidikan berhubungan dengan apa-apa aspek pencemaran atau pencegahannya dan mengadakan kriteria bagi perlindungan dan pembaikan alam sekeliling;

(g)

mengesyorkan kepada Menteri standard-standard dan kriteria bagi perlindungan kegunaan-kegunaan berfaedah dan penyenggaraan kualiti alam sekeliling dengan memandang kepada kebolehan alam sekeliling itu menyerap buangan tanpa memudaratkan kualitinya dan lain-lain ciri-cirinya;

(h)

memilih mana-mana orang atau badan untuk menjadi panel-panel pakar, yang difikirkannya berkebolehan untuk membantunya berhubungan dengan masalah-masalah khas;

(i)

menyiarkan suatu laporan tahunan mengenai kualiti alam sekeliling tidak lewat dari 30hb September dalam tahun yang berikutnya dan apa-apa laporan dan maklumat lain berkenaan dengan apa-apa aspek perlindungan alam sekeliling;

(j)

menentukan cara-cara yang hendak dipakai bagi mengambil contoh-contoh dan membuat ujian-ujian bagi maksud Akta ini;

(k)

menjalankan penyiasatan-penyiasatan dan pemeriksaan-pemeriksaan bagi memastikan pematuhan terhadap

Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan menyiasat pengaduan-pengaduan berhubungan dengan pelanggaran-pelanggaran terhadap Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

20

Undang-Undang Malaysia

(l)

memberi maklumat dan pendidikan kepada orang awam berkenaan dengan perlindungan dan pembaikan alam sekeliling;

(ll)

untuk mentadbir Kumpulan Wang;

(m)

mengadakan dan menyenggara perhubungan dan kerjasama dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri dalam Malaysia dan dengan negeri-negeri lain berkenaan dengan perlindungan alam sekeliling, pengawalan pencemaran dan pengurusan buangan-buangan;

(n)

membuat laporan kepada

Menteri mengenai perkara-perkara berhubungan dengan perlindungan dan pembaikan alam sekeliling dan mengenai apa-apa pindaan yang difikirkannya berfaedah kepada mana-mana undang-undang berkenaan dengan pencemaran dan alam sekeliling dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri;

(o)

memajukan, menggalak, menyelaras dan menjalankan rancangan dalam pengurusan alam sekeliling, pengurusan buangan-buangan dan pengawalan pencemaran; dan

(p)

menentukan pakaian seragam bagi pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2).

(2)

Maka hendaklah ada beberapa orang Timbalan Ketua Pengarah

Kualiti Alam Sekeliling dan beberapa orang pegawai lain sebagaimana yang perlu dan mustahak yang dilantik oleh Menteri antara anggota-anggota perkhidmatan awam bagi mentadbirkan Akta ini dengan sempurna.

(3)

Menteri boleh memberi kepada Ketua Pengarah arahan-arahan jenis am yang tidak berlawanan dengan Akta ini tentang penjalanan kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan tugas-tugas Ketua Pengarah di bawah Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa arahan yang diberi sedemikian.

Kualiti Alam Sekeliling 21

(4)

Melainkan jika dikecualikan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, seseorang Timbalan Ketua Pengarah dan seseorang pegawai lain boleh menjalankan mana-mana kuasa, kewajipan dan tugas Ketua Pengarah di bawah Akta ini.

Penubuhan Majlis Kualiti Alam Sekeliling

Section 3 — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my