Malaysia legislation

Section 33A

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 33A

(2)

Bagi maksud menjalankan audit alam sekeliling dan mengemukakan laporan mengenainya—

(a)

Ketua Pengarah boleh melantik orang yang layak; atau

(b)

Ketua Pengarah boleh meminta pemunya atau penghuni untuk melantik orang yang layak daripada kalangan orang yang layak yang disenaraikan di bawah subseksyen (3).

(3)

Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah hendaklah menyenggara suatu senarai kakitangan yang berkelayakan yang akan menjalankan apa-apa audit alam sekeliling dan mengemukakan laporannya.

Pengecualian

Section 33A — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my