Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Jika Ketua Pengarah berpuas hati atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan bahawa adalah mustahak untuk berbuat demikian bagi maksud membolehkan penyiasatan atau penyelidikan yang berkaitan dengan masalah pencemaran dijalankan tanpa menyebabkan pemohon itu boleh didakwa di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Ketua Pengarah boleh dengan notis secara bertulis kepada pemohon mengecualikan, kesemuanya atau setakat yang terhad, mana-mana premis atau mana-mana kelengkapan atau loji perindustrian tertakluk pada apa-apa syarat dan selama tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Kualiti Alam Sekeliling 49