Malaysia legislation

Section 34B

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 34B

(a)

menempatkan, meletakkan atau melupuskan, atau menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, diletakkan atau dilupuskan, kecuali di premis yang ditetapkan sahaja, apa-apa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan

Malaysia;

(b)

menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c)

mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit buangan terjadual, tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada

Ketua Pengarah.

(2)

Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan bertulis sama ada tertakluk pada syarat atau tak bersyarat.

Kualiti Alam Sekeliling 53

(3)

Bagi maksud Akta ini, apa-apa tindakan menerima atau menghantar, atau mentransit apa-apa buangan terjadual dengan kelulusan yang diperolehi melalui pemalsuan, salah nyataan atau fraud atau yang tidak mematuhi dengan cara yang material dengan dokumen yang relevan dalam borang yang ditetapkan, adalah suatu kesalahan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

Section 34B — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my