Malaysia legislation

Section 34A

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 34A

Laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling akibat aktiviti yang ditetapkan

(2)

Mana-mana orang yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan hendaklah melantik orang yang layak untuk menjalankan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan untuk mengemukakan laporan mengenainya kepada Ketua Pengarah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.

(2A)

Ketua Pengarah hendaklah menyenggara suatu senarai orang yang layak yang boleh menjalankan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan mengemukakan laporan mengenainya.

(2B)

Orang yang layak yang mengemukakan laporan itu hendaklah—

(a)

bertanggungjawab bagi penilaian kesan kepada alam sekeliling dan syor penilaian kesan kepada alam sekeliling;

(b)

memastikan bahawa laporan dan syor itu tidak mengandungi apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan;

(c)

mengambil insurans indemniti profesional bagi apa-apa liabiliti yang berbangkit daripada penilaian kesan kepada alam sekeliling dan syor penilaian kesan kepada alam sekeliling.

(2C)

Laporan itu hendaklah mengikut garis panduan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mengandungi—

(a)

penilaian mengenai kesan yang aktiviti itu akan ada atau mungkin ada ke atas alam sekeliling; dan 50

Undang-Undang Malaysia

(b)

langkah-langkah yang dicadangkan yang hendaklah diambil untuk menghalang, mengurangkan atau mengawal kesan buruk ke atas alam sekeliling.

(3)

Jika Ketua Pengarah, apabila meneliti laporan dan selepas membuat siasatan yang difikirkannya perlu, berpendapat bahawa laporan itu memenuhi kehendak-kehendak subseksyen (2C) dan bahawa langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan-kesan yang merugikan kepada alam sekitar adalah mencukupi, dia hendaklah meluluskan laporan itu, dengan atau tanpa syarat-syarat yang dilampirkan kepadanya, dan hendaklah memberitahu sewajarnya orang yang bermaksud hendak menjalankan aktiviti yang ditetapkan itu dan pihak berkuasa meluluskan yang relevan.

(4)

Jika Ketua Pengarah, apabila meneliti laporan itu dan selepas membuat apa-apa penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, berpendapat bahawa—

(a)

laporan itu tidak mengikut rancangan pemajuan atau rancangan fizikal yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang meluluskan yang berkaitan; atau

(b)

laporan itu tidak memenuhi kehendak di bawah subseksyen (2C), dia tidak boleh meluluskan laporan itu, dengan memberikan alasan untuk tidak meluluskan, dan hendaklah memaklumkan orang itu dan pihak berkuasa yang meluluskan yang berkaitan dengan sewajarnya.

(5)

Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu untuk mengemukakan apa-apa laporan lain kepadanya, sebagai tambahan kepada laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah subseksyen 34A(2), yang berhubungan dengan kesan alam sekeliling untuk kelulusannya.

(6)

Sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan sesuatu aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan di bawah seksyen ini kepada

Ketua Pengarah telah dikemukakan dan diluluskan.

Kualiti Alam Sekeliling 51

(7)

Jika Ketua Pengarah meluluskan laporan itu, orang yang menjalankan aktiviti yang ditetapkan itu, dalam proses menjalankan aktiviti itu, hendaklah memberikan bukti yang cukup bahawa syarat-syarat yang dilampirkan kepada laporan itu (jika ada) sedang dipatuhi dan bahawa langkah-langkah yang dicadangkan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan-kesan yang merugikan kepada alam sekeliling sedang digabungkan ke dalam reka bentuk, pembinaan dan pengendalian aktiviti yang ditetapkan itu.

(8)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.

Perintah larangan bagi aktiviti yang ditetapkan

34AA. (1) Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah larangan atau perintah berhenti kerja kepada orang yang menjalankan aktiviti yang ditetapkan—

(a)

tanpa kelulusan di bawah subseksyen 34A(3);

(b)

yang mencabuli apa-apa syarat yang dilampirkan pada kelulusan laporan itu; atau

(c)

yang pada pendapat Ketua Pengarah adalah dijalankan mengikut cara yang mungkin menyebabkan kerosakan alam sekeliling.

(2)

Perintah larangan atau perintah berhenti kerja itu boleh dikeluarkan bagi maksud menghalang aktiviti yang ditetapkan daripada berterusan—

(a)

sama ada secara mutlak atau bersyarat;

(b)

bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah; atau 52

Undang-Undang Malaysia

(c)

sehingga kehendak untuk meremedi sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah telah dipatuhi.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan atau perintah berhenti kerja di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.

BAHAGIAN IVA

KAWALAN BUANGAN TERJADUAL

Larangan terhadap penempatan, peletakan, dsb. buangan terjadual

Section 34A — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my