Malaysia legislation
Section 38A
Seksyen 38A
(2)
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis olehnya:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin berkecenderungan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau perlucuthakan.
(3)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak penyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan itu.
(4)
Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa sewajarnya secara bertulis olehnya, dalam memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bila masa mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, dan jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya pada pernyataan itu, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa sewajarnya secara bertulis olehnya hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya fakta keengganan itu dan sebabnya, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Kebolehterimaan pernyataan dalam keterangan
38AA. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis
64
Undang-Undang Malaysia oleh Ketua Pengarah semasa penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.
(2)
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya, jika mahkamah berpendapat patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
(3)
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa sesuatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasa suatu kawad cam atau terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta
Keterangan 1950.
(5)
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah semasa sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
38AB. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
Kualiti Alam Sekeliling 65
(2)
Jika mana-mana orang sedemikian enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada Hakim
Mahkamah Sesyen yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
Penyampaian notis