Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 39

Kualiti Alam Sekeliling 63

(a)

dengan menyerahkannya kepada orang itu atau dengan menyerahkannya kepada seseorang ahli atau penjawat keluarganya yang dewasa;

(b)

dengan meninggalkannya di tempat tinggal atau tempat urusan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau

(c)

dengan menghantarnya melalui pos berdaftar dalam sampul yang telah dijelaskan bayaran dan dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal atau tempat urusan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahui.

(2)

Sesuatu notis, perintah, saman atau suratan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya supaya disampaikan kepada pemunya atau penduduk mana-mana premis hendaklah disifatkan sebagai dialamatkan dengan sepatutnya jika dialamatkan mengikut perihal “pemunya” atau

“penduduk” premis itu tanpa nama atau perihal tambahan.

(3)

Sesuatu notis, perintah, saman atau suratan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat

66

Undang-Undang Malaysia di bawahnya supaya disampaikan kepada pemunya atau penduduk mana-mana premis boleh disampaikan dengan menyerahkannya atau suatu salinannya yang benar kepada seseorang yang dewasa di premis itu atau, jika tidak ada seseorang seperti itu di premis itu yang kepadanya yang demikian boleh dengan usaha yang munasabah diserahkan, dengan menampalkan notis, perintah, saman atau suratan itu di sesuatu tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Keterangan

Section 39 — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my