Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
pada amnya menasihatkan
Menteri mengenai perkara-perkara berhubungan dengan Akta ini; dan
(b)
menasihatkan Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri.
(2)
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(b)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber asli dan alam sekitar;
(c)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi;
(d)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
(e)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
(f)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;
22
Undang-Undang Malaysia
(g)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
(h)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;
(i)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan;
(j)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tenaga, teknologi hijau dan air;
(k)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
(l)
seorang anggota bagi masing-masing Sabah dan Sarawak, yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak;
(m)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan orang yang terlibat dalam industri petroleum;
(n)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada pencalonan oleh industri kelapa sawit;
(o)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada pencalonan oleh Persekutuan Pengilang Malaysia atau mana-mana orang yang terlibat dalam pembuatan;
(p)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada pencalonan oleh industri getah;
(q)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi; dan
(r)
dua orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan organisasi bukan kerajaan yang aktif
Kualiti Alam Sekeliling 23
dalam menggalakkan dan mempertingkatkan kualiti alam sekeliling.
(3)
Menteri boleh, mengenai setiap seorang ahli yang dilantik di bawah perenggan (2)(l), (m), (n), (o), (p), (q) dan (r), melantik seorang untuk menjadi seorang ahli gilir bagi menghadiri sebagai ganti ahli itu mesyuarat-mesyuarat Majlis jika ahli itu tidak dapat hadir oleh kerana sesuatu sebab.
(4)
Apabila menghadiri mesyuarat-mesyuarat Majlis, seseorang ahli gilir hendaklah disifatkan sebagai ahli Majlis bagi segala maksud.
(5)
Seseorang ahli gilir hendaklah berhenti menjadi ahli gilir apabila ahli yang mengenainya dia menjadi ahli gilir itu berhenti menjadi ahli Majlis, melainkan jika ahli gilir itu meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau perlantikannya dibatalkan terlebih dahulu.
Tempoh jawatan dan kelayakan untuk dilantik semula