Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
Perahsiaan
Seseorang yang menzahirkan apa-apa maklumat yang didapati olehnya berkenaan dengan pentadbiran atau pelaksanaan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya berhubungan dengan apa-apa proses pengilangan atau rahsia tred yang digunakan pada menjalankan sesuatu tred, perindustrian atau proses tertentu, melainkan jika penzahiran itu telah dibuat bagi maksud-maksud Akta ini atau maksud-maksud sesuatu pembicaraan jenayah di bawah Akta ini atau dengan persetujuan orang yang menjalankan tred, perindustrian atau proses itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.