Malaysia legislation
Section 50A
Seksyen 50A
Perlindungan pemberi maklumat
(2)
Jika mana-mana buku, rekod, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang menamakan atau memerihalkan mana-mana pemberi maklumat atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua entri sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3)
Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
(4)
Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang disebut dalam seksyen ini mengetahui bahawa maklumat itu adalah palsu, melakukan suatu kesalahan.
Peraturan-peraturan