Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(a)
menetapkan bayaran bagi memeriksa pelan-pelan, penentuan-penentuan dan maklumat berhubungan dengan pepasangan-pepasangan atau dengan pepasangan-pepasangan
Kualiti Alam Sekeliling 85
yang dicadangkan iaitu perkara bagi permohonan-permohonan untuk lesen-lesen atau untuk kelulusan dalam apa-apa bentuk lain yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(b)
menetapkan standard-standard atau kriteria bagi melaksanakan apa-apa dasar atau pengkelasan yang diisytiharkan mengenai alam sekeliling bagi perlindungan alam sekeliling dan bagi melindungi kegunaan-kegunaan berfaedah;
(c)
menetapkan standard-standard atau kriteria bagi menentukan bilakah sesuatu bahan, perbuatan atau benda itu meracun, merosakkan, mencela, memudaratkan kesihatan, atau berada dalam apa-apa perihal lain yang tersebut dalam Akta ini;
(d)
melarang pelepasan, pengeluaran atau peletakan ke dalam alam sekeliling apa-apa bahan, sama ada cecair, pepejal atau gas dan melarang atau mengawal penggunaan sesuatu bahan api yang tertentu;
(e)
menetapkan standard-standard kualiti udara sekeliling dan standard-standard pengeluaran dan menentukan kepadatan maksimum yang dibenarkan bagi apa-apa bahan yang boleh berada dalam atau dilepaskan ke dalam udara;
(ee) menetapkan standard kualiti air sekeliling dan standard pelepasan dan menyatakan beban maksimum yang dibenarkan yang boleh dilepaskan oleh mana-mana punca ke dalam perairan daratan, dengan merujuk secara amnya atau khususnya kepada kumpulan air yang berkenaan;
(f)
melarang penggunaan apa-apa kelengkapan, kemudahan, kenderaan, atau kapal yang boleh menyebabkan pencemaran atau mengawal pembinaan, pemasangan atau pengendaliannya untuk mencegah atau mengurangkan pencemaran hingga takat yang paling sedikit;
86
Undang-Undang Malaysia
(g)
menghendaki supaya amaran atau kewaspadaan mengenai pencemaran diberi;
(h)
melarang atau mengawal pembakaran terbuka sampah sarap atau apa-apa bahan lain yang mudah terbakar;
(i)
mengawal pengadaan tempat-tempat untuk melupuskan buangan-buangan pepejal atau cecair di atas atau di dalam tanah;
(j)
mentakrifkan bunyi bising yang mencela dan menetapkan standard-standard bagi bunyi bising yang boleh dibenarkan;
(k)
melarang atau mengawal mandi, berenang, bersampan atau lain-lain aktiviti dalam air di dalam atau di sekeliling mana-mana perairan, yang mudarat kepada kesihatan atau kebajikan atau bagi mencegah pencemaran;
(l)
apa-apa bahan atau benda yang diberi kuasa atau dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan atau yang perlu atau mustahak ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini;
(m)
(Dipotong oleh Akta A636);
(n)
(Dipotong oleh Akta A636);
(o)
(Dipotong oleh Akta A636);
(p)
menghendaki sesiapa yang mengendalikan, menyimpan atau menggunakan minyak atau campuran mengandungi minyak supaya melaporkan pelepasan dan pertumpahan minyak atau campuran mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia;
(q)
menghendaki sesiapa yang mengendalikan, menyimpan atau menggunakan. minyak atau campuran mengandungi minyak supaya menyimpan apa-apa benda atau bahan dan kelengkapan yang perlu untuk mencegah atau menghapuskan pencemaran minyak di perairan Malaysia
Kualiti Alam Sekeliling 87
yang mungkin berlaku dalam masa menjalankan urusannya;
(r)
(Dipotong oleh Akta A636);
(s)
(Dipotong oleh Akta A636);
(t)
mengawal audit alam sekeliling dan pengemukaan suatu laporan audit dan pelantikan orang yang layak untuk membantu Ketua Pengarah dalam menjalankan audit alam sekeliling bagi mana-mana kenderaan, kapal atau premis, tanpa mengira sama ada kenderaan, kapal atau premis itu adalah yang ditetapkan di bawah seksyen 18 atau selainnya, dan cara pengendaliannya, dan menetapkan bayaran yang boleh dikenakan;
(tt) mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan penilaian kesan kepada alam sekeliling;
(u)
melarang atau mengawal pengilangan, penstoran, pengangkutan atau pemakaian, atau penggunaan, pengeluaran, pelepasan, atau peletakan ke dalam alam sekeliling, apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling;
(v)
mengawal langkah-langkah untuk menilai, mengawal, mengurangkan atau menghapuskan risiko alam sekeliling;
(w)
mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan orang yang berwibawa;
(x)
mengawal selia kecekapan penyedia latihan yang menyediakan latihan dalam bidang alam sekeliling;
(y)
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun.
(2)
Mana-mana peraturan itu boleh dibuat secara am atau terhad tentang kuat kuasanya mengenai masa, tempat, orang-orang, atau hal keadaan sama ada mana-mana masa, tempat, orang atau hal keadaan
88
Undang-Undang Malaysia itu ditentukan atau dipastikan sebelum, pada atau selepas peraturan-peraturan itu dibuat.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, sejumlah wang yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan.
*CATATAN—lihat seksyen 30 Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 [Akta A1712]
m.b.p. 7 Julai 2024 yang memberikan peruntukan kecualian seperti yang berikut:
“Kecualian