Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Hilang kelayakan, meletakkan jawatan dan mengosongkan jawatan
(a)
seseorang yang tidak sempurna akal atau pun tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipannya;
(b)
seseorang yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan berkenaan dengan tipuan, kecurangan atau keburukan akhlak; dan 24
Undang-Undang Malaysia
(c)
seseorang yang bankrap atau yang telah membuat sesuatu perkiraan dengan pemiutang-pemiutang.
(2)
Seseorang ahli Majlis yang dilantik hendaklah disifatkan sebagai telah mengosongkan jawatannya—
(a)
apabila dia mati;
(b)
apabila dia meletakkan jawatan;
(c)
apabila dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran daripada Menteri; atau
(d)
jika dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (1), dan seorang ahli baharu hendaklah dilantik menggantikannya mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini.
Memanggil mesyuarat, kuorum, pengundian, acara dan minit