Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Lapan orang ahli adalah menjadi kuorum dalam sesuatu mesyuarat Majlis.
(3)
Jika mengenai sesuatu soal yang hendak diputuskan oleh Majlis bilangan undi didapati sama banyaknya, Pengerusi atau jika Pengerusi tidak hadir ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu adalah berhak memberi suatu undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
(4)
Tertakluk pada Akta ini, Majlis hendaklah menetapkan acaranya sendiri.
(5)
Minit hendaklah disimpan mengenai segala mesyuarat Majlis dan salinan-salinannya hendaklah dihantar kepada Menteri.
Kualiti Alam Sekeliling 25
(6)
Menteri boleh menjemput atau meminta seorang, yang bukan anggota Majlis, untuk menghadiri apa-apa mesyuarat Majlis bagi maksud menasihatinya mengenai perkara yang dibincangkan tetapi orang yang hadir sedemikian itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.
Pegawai yang mempengerusikan mesyuarat Majlis