Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1969

Seksyen 3

Pengeluaran Khas

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui surat cara yang ditandatangani olehnya memberi kuasa mana-mana orang yang dinamakannya dalam surat cara itu—

(a)

bagi mempersetujui bagi pihak Malaysia pindaan kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang yang dilampirkan kepada Laporan April 1968 oleh

Pengarah Eksekutif Lembaga Pengelola Kumpulan

Wang itu, bagi maksud—

(i)

menubuhkan suatu kemudahan baru berdasarkan kepada Hak Pengeluaran Khas dalam

Kumpulan Wang itu; dan

(ii)

menguatkuasakan perubahan tertentu dalam kaedah-kaedah dan amalan Kumpulan Wang itu; dan

(b)

bagi mendeposit bagi pihak Malaysia dengan Kumpulan

Wang suatu surat cara yang menyatakan bahawa

Kerajaan, mengikut undang-undang di Malaysia, menyanggupi segala kewajipan sesuatu peserta dalam

Akaun Pengeluaran Khas yang ditubuhkan oleh

Kumpulan Wang di bawah pindaan tersebut dan bahawa Kerajaan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan segala kewajipan ini.

*CATATAN — Akta 472 pertama kali diperbuat sebagai Ordinan Perjanjian Bretton

Woods 1957 [Ord. No. 75 tahun 1957] dan disemak sebagai Akta 472 m.b.p.

September 1991

Akta 12.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 12:49 PM

Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan

Pindaan Perkara-Perkara Perjanjian) 7

Pembayaran dan penerimaan berhubung dengan Akaun

Pengeluaran Khas

Section 3 — AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1969