Malaysia legislation
Section 4
of AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1969
Seksyen 4
(1)
Jika Malaysia menjadi peserta dalam Akaun Pengeluaran
Khas itu, semua subseksyen yang berikut hendaklah berkuat kuasa.
(2)
Hak Pengeluaran Khas yang diuntukkan kepada Malaysia di bawah Perkara XXIV Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda dan hak yang diperoleh oleh Malaysia selainnya, hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan
Persekutuan.
(3)
Segala hasil yang terbit daripada penggunaan Hak
Pengeluaran Khas oleh Malaysia, dan pembayaran bunga kepada
Malaysia di bawah Perkara XXVI, XXX dan XXXI Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda, hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan
Persekutuan.
(4)
Pembayaran dengan mata wang oleh Malaysia sebagai balasan bagi Hak Pengeluaran Khas, dan pembayaran caj atau taksiran di bawah Perkara XXVI, XXX dan XXXI Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda, hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan
Persekutuan.
Kuasa Kerajaan untuk memberikan hak dan kewajipan di bawah Akaun Pengeluaran Khas kepada Bank Negara
Malaysia