Malaysia legislation
Section 5
of AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1969
Seksyen 5
(1)
Yang di-Pertuan Agong boleh, jika difikirkannya suai manfaat, dengan perintah memberi Bank Negara Malaysia kuasa untuk menjalankan haknya dan menunaikan kewajipannya, iaitu hak dan kewajipan yang terbit daripada suatu surat cara yang didepositkan dengan Kumpulan Wang di bawah perenggan 3(b).
(2)
Apabila suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1)—
(a)
hak dan kewajipan yang tersebut itu hendaklah, walau apa pun peruntukan Akta Bank Negara Malaysia 1958
[Akta 519]*, disifatkan sebagai hak dan kewajipan
Bank Negara Malaysia dan seksyen 4 hendaklah
*CATATAN — Akta 519 pertama kali diperbuat sebagai Ordinan Bank Pusat Malaysia 1958 [Ord. No. 61 tahun 1958] dan disemak sebagai Akta 519 m.b.p. 18 Mei 1994
Akta 12.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 12
terhenti terpakai bagi Kumpulan Wang Yang Disatukan
Persekutuan; dan
(b)
tanpa menjejaskan mana-mana kuasa lain Bank Negara
Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Akta Bank Negara Malaysia 1958, Bank Negara
Malaysia mempunyai kuasa yang berikut, iaitu:
(i)
menerima bagi akaunnya sendiri,
Hak
Pengeluaran Khas yang diuntukkan kepada
Malaysia di bawah Perkara XV Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda dan hak yang diperoleh oleh Malaysia selainnya;
(ii)
memasukkan Hak Pengeluaran Khas ke dalam rizab aset luar negaranya yang akan dipegang mengikut seksyen 28 Akta Bank Negara
Malaysia 1958;
(iii)
menerima bagi akaunnya sendiri, segala hasil yang terbit daripada penggunaan Hak
Pengeluaran Khas oleh Malaysia dan pembayaran bunga kepada Malaysia di bawah
Perkara XX, XXIV dan XXV Perkara-Perkara
Perjanjian sebagaimana yang dipinda; dan
(iv)
membuat pembayaran dengan mata wang sebagai balasan bagi Hak Pengeluaran Khas dan pembayaran caj-caj atau taksiran di bawah
Perkara XX, XXIV dan XXV Perkara-Perkara
Perjanjian sebagaimana yang dipinda.
Akta berhubung dengan Akta 472