Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 43
seksyen yang berikut:
“Pemilihan untuk akaun ahli Kumpulan Wang diuruskan mengikut Shariah 43a. (1) Ahli Kumpulan Wang boleh memilih bagi kesemua amaun yang ada pada kredit akaunnya untuk diuruskan mengikut Shariah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
(2)
Pemilihan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh
Lembaga dan pemilihan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Lembaga hendaklah memberitahu tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2) kepada ahli Kumpulan Wang itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa itu.
(4)
Ahli Kumpulan Wang itu boleh, sebelum tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2), membatalkan pemilihannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
(5)
Selepas pemilihan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
berkuat kuasa, Lembaga hendaklah mengasingkan akaun ahli
Kumpulan Wang itu daripada akaun ahli-ahli Kumpulan Wang yang lain—
(a)
yang tidak membuat pemilihan di bawah subseksyen (1);
dan
(b)
yang telah membuat pemilihan di bawah subseksyen (1)
tetapi pemilihan itu masih belum berkuat kuasa, bagi maksud menguruskan akaun ahli Kumpulan Wang itu mengikut Shariah.”.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
9
Pindaan seksyen 45