Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Seksyen 45 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3)
dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Walau apa pun seksyen 49, jika majikan gagal membayar apa-apa caruman yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah, sebagai tambahan kepada caruman itu, bertanggungan untuk membayar dividen ke atas caruman itu pada kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.”.