Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

6

Undang-Undang Malaysia

“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];

“buletin isu” ertinya pernyataan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh

Lembaga di bawah subseksyen 7(1A) berkenaan dengan tafsiran, pemakaian atau pelaksanaan mana-mana piawaian perakaunan diluluskan atau perkara yang berhubungan dengan piawaian perakaunan diluluskan atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan amalan perakaunan yang digunakan bagi penyediaan penyata kewangan, sama ada secara am atau berhubungan dengan apa-apa prinsip atau transaksi perakaunan yang khusus;

“Institut Akauntan Malaysia” ertinya badan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Akauntan 1967 [Akta 94];

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 19(1);

“Lembaga” ertinya Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;

“Lembaga Pemantauan Audit” ertinya Lembaga Pemantauan Audit yang ditubuhkan di bawah seksyen 31C Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

[Akta 498];

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“pegawai utama”, berhubungan dengan sesuatu syarikat awam tersenarai, ertinya seseorang, dengan nama apa jua disebut, yang bertanggungjawab bagi perjalanan perniagaan dan pentadbiran syarikat awam tersenarai itu, dan termasuk pengerusi bukan eksekutif syarikat awam tersenarai itu;

“Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar Syarikat yang dilantik di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“piawaian perakaunan” ertinya pernyataan amalan perakaunan yang lazim yang digunakan bagi menyediakan penyata kewangan;

“piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima” ertinya piawaian perakaunan yang dikeluarkan oleh badan-badan pengeluar piawaian

Laporan Kewangan 7

perakaunan yang lain yang diberi pengiktirafan oleh Lembaga di bawah seksyen 26A;

“piawaian perakaunan diluluskan” ertinya —

(a)

piawaian perakaunan baru yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah perenggan 7(1A)(a);

(b)

piawaian perakaunan yang sedia ada yang diterima pakai oleh

Lembaga di bawah perenggan 7(1A)(b); dan

(c)

berhubungan dengan syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia, piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima;

“piawaian perakaunan diluluskan MASB” ertinya piawaian perakaunan diluluskan selain piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima;

“Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];

“syarikat asing” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Syarikat 1965;

“Yayasan” ertinya Yayasan Laporan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Section 2 — AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 | mylaw.my