Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997

Seksyen 3

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama

“Yayasan Laporan Kewangan” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya itu dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil,

8

Undang-Undang Malaysia memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada

Yayasan mengikut apa-apa terma yang didapatinya patut.

Section 3 — AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 | mylaw.my