Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997

Seksyen 7

(1A)

Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Lembaga dalam subseksyen

(1)

, Lembaga hendaklah bertanggungjawab—

(a)

mengeluarkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan diluluskan;

(b)

mengkaji semula, menyemak, atau menerima pakai sebagai piawaian perakaunan diluluskan, piawaian perakaunan yang sedia ada;

Laporan Kewangan 11

(c)

meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa piawaian perakaunan diluluskan keseluruhannya atau sebahagiannya;

(d)

mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa buletin isu keseluruhannya atau sebahagiannya;

(e)

mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa pernyataan tentang prinsip, apa-apa keluaran teknikal dan keluaran lain dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan laporan kewangan walau dikenali dengan apa nama jua pun keseluruhannya atau sebahagiannya;

(f)

menaja atau mengusahakan pembangunan piawaian perakaunan yang berkemungkinan;

(g)

bekerjasama dengan penggubal piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain dan mengawasi pembangunan piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain;

(h)

menyertai dalam dan menyumbang kepada pembangunan suatu set tunggal piawaian perakaunan bagi kegunaan antarabangsa;

(i)

mengendalikan apa-apa perundingan awam yang perlu untuk menentukan kandungan konsep, prinsip dan piawaian perakaunan;

(j)

membangunkan suatu rangka kerja konsep bagi maksud menilai piawaian perakaunan yang dicadangkan;

(k)

membuat apa-apa perubahan kepada bentuk dan kandungan piawaian perakaunan yang dicadangkan sebagaimana yang dianggapnya perlu;

(l)

mengawasi pengendalian piawaian perakaunan diluluskan untuk menilai keberterusan kaitannya dan keberkesanannya; dan 12

Undang-Undang Malaysia

(m)

melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini atau apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Lembaga hendaklah, berhubung dengan fungsi-fungsinya di bawah perenggan (1A)(a), (b), (c), (d), (e), (j) atau (k), meminta pandangan

Yayasan.

(3)

Piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan atau diterima pakai di bawah subseksyen (1A) boleh dinyatakan terpakai berhubungan dengan—

(a)

apa-apa akaun yang disiarkan bagi sesuatu pengusahaan komersial, industri atau perniagaan di Malaysia dan subsidiari seberang laut dan perbadanan berkaitan jika akaun itu akan digabungkan dalam akaun disatukan di Malaysia; dan

(b)

tempoh perakaunan atau tempoh perakaunan interim;

dan boleh─

(aa) mempunyai pemakaian secara am atau khusus;

(bb) berbeza mengikut perbezaan masa atau hal keadaan.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1233).

Anggota Lembaga

Section 7 — AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 | mylaw.my