Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997

Seksyen 8

(a)

Pengerusi;

(b)

Akauntan Negara; dan

(c)

enam orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara akaun dan laporan kewangan dan dalam satu daripada bidang yang berikut atau lebih:

Laporan Kewangan 13

(i)

perakaunan;

(ii)

undang-undang;

(iii)

perniagaan;

(iv)

kewangan.

(2)

Sekurang-kurangnya lima orang daripada anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah anggota Institut Akauntan Malaysia.

(3)

Menteri boleh melantik tiga orang penasihat kepada Lembaga untuk mewakili—

(a)

Suruhanjaya Sekuriti;

(b)

Bank Negara; dan

(c)

Pendaftar Syarikat.

(4)

Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perakaunan, undang-undang, perniagaan atau kewangan.

(5)

Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Menteri.

Mesyuarat Lembaga

Section 8 — AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 | mylaw.my