Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Enam orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum pada semua mesyuarat Lembaga.
(2A)
Mana-mana anggota Lembaga boleh mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Lembaga dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain.
14
Undang-Undang Malaysia
(2B)
Mana-mana anggota Lembaga yang mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Lembaga dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain disifatkan sebagai telah menghadiri mesyuarat itu.
(3)
Penasihat kepada Lembaga berhak menghadiri mesyuarat Lembaga tetapi tidak berhak mengundi.
(4)
Sesuatu persoalan yang dibangkitkan pada mana-mana mesyuarat
Lembaga hendaklah ditentukan oleh tidak kurang daripada enam undi anggota yang hadir dan mengundi.
(5)
Tertakluk kepada subseksyen (2), (2A), (2B), (3), (4) dan (6), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan prosidingnya.
(6)
Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud mendapatkan pandangan tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Hilang kelayakan