Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
“Fungsi Yayasan
(a)
untuk menyelia penjalanan fungsi oleh Lembaga di bawah seksyen 7; dan
(b)
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(2)
Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Yayasan dalam subseksyen (1), Yayasan hendaklah bertanggungjawab—
(a)
memberikan pandangannya kepada Lembaga tentang apa-apa perkara yang hendak diusahakan atau dilaksanakan oleh Lembaga berhubung dengan fungsi
Lembaga di bawah seksyen 7;
(b)
mengkaji semula prestasi Lembaga; dan
(c)
bagi segala perkiraan pembiayaan bagi operasi Lembaga, termasuk meluluskan belanjawan Lembaga.
Laporan Kewangan (Pindaan)
(3)
Yayasan tidak boleh, menurut atau berkaitan dengan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), mengarahkan Lembaga supaya mengusahakan atau tidak mengusahakan mana-mana projek atau kegiatan tertentu atau selainnya menyentuh penjalanan kuasa Lembaga atau pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 5