Malaysia legislation

Section 6

of AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 6

Pindaan seksyen 7

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Maka ditubuhkan suatu badan dengan nama

“Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia” sebagai badan penggubal piawaian Yayasan yang fungsinya ialah penentuan dan pengeluaran piawaian perakaunan bagi penyediaan penyata kewangan, yang dikehendaki untuk disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya

Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1A) Tanpa mengehadkan keluasan fungsi

Lembaga dalam subseksyen (1), Lembaga hendaklah bertanggungjawab—

(a)

mengeluarkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan diluluskan;

(b)

mengkaji semula, menyemak, atau menerima pakai sebagai piawaian perakaunan diluluskan, piawaian perakaunan yang sedia ada;

(c)

meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa piawaian perakaunan diluluskan keseluruhannya atau sebahagiannya;

(d)

mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa buletin isu keseluruhannya atau sebahagiannya;

(e)

mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa pernyataan tentang prinsip, apa-apa keluaran teknikal dan keluaran lain

Laporan Kewangan (Pindaan)

7

dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan laporan kewangan walau dikenali dengan apa nama jua pun keseluruhannya atau sebahagiannya;

(f)

menaja atau mengusahakan pembangunan piawaian perakaunan yang berkemungkinan;

(g)

bekerjasama dengan penggubal piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain dan mengawasi pembangunan piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain;

(h)

menyertai dalam dan menyumbang kepada pembangunan suatu set tunggal piawaian perakaunan bagi kegunaan antarabangsa;

(i)

mengendalikan apa-apa perundingan awam yang perlu untuk menentukan kandungan konsep, prinsip dan piawaian perakaunan;

(j)

membangunkan suatu rangka kerja konsep bagi maksud menilai piawaian perakaunan yang dicadangkan;

(k)

membuat apa-apa perubahan kepada bentuk dan kandungan piawaian perakaunan yang dicadangkan sebagaimana yang dianggapnya perlu;

(l)

mengawasi pengendalian piawaian perakaunan diluluskan untuk menilai keberterusan kaitannya dan keberkesanannya; dan

(m)

melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini atau apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Lembaga hendaklah, berhubung dengan fungsi-fungsinya di bawah perenggan (1A)(a), (b), (c), (d),

(e)

, (j) atau (k), meminta pandangan Yayasan.”; dan

Undang-Undang Malaysia 8

(d)

dalam subsekyen (3), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (1A)”.

Penggantian seksyen 26D

Section 6 — AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012 | mylaw.my