Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 26D dengan seksyen yang berikut:
“Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan 26D. (1) Jika penyata kewangan dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar
Syarikat, penyata kewangan itu hendaklah disifatkan tidak mematuhi kehendak undang-undang itu melainkan penyata kewangan itu telah disediakan dan dikendalikan mengikut piawaian perakaunan diluluskan tertakluk kepada apa-apa spesifikasi, garis panduan atau peraturan-peraturan yang boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara berkenaan dengan penyata kewangan itu menurut apa-apa undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti atau
Bank Negara.
(2)
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pihak berkuasa yang berikut:
(a)
Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan perbadanan yang disenaraikan dalam bursa saham atau mana-mana entiti yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti;
(b)
Bank Negara berkenaan dengan mana-mana entiti yang diselia oleh Bank Negara; atau
(c)
Pendaftar Syarikat berkenaan dengan semua entiti lain yang tidak termasuk di bawah perenggan (a) atau
(b)
.”.
Laporan Kewangan (Pindaan)
9
Seksyen baru 30