Malaysia legislation

Section 8

of AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Seksyen 8

Syarikat berdaftar yang menganjurkan wang kutu hendaklah terhenti menjalankan perniagaan

(2)

Tiap-tiap syarikat itu hendaklah sama ada—

(a)

dalam tempoh sembilan puluh hari mulai 18 Februari 1971

mengambil langkah perlu di bawah Akta Syarikat 1965

untuk mengubah memorandum persatuan dan (jika ada)

perkara persatuannya supaya memorandum persatuan dan perkara persatuan itu tidak mengandungi peruntukan yang membenarkan syarikat itu menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu; atau

(b)

dalam tempoh sembilan puluh hari mulai 18 Februari 1971 atau dalam tempoh sebulan selepas habis semua tempoh yang baginya mungkin telah diberikan di bawah subseksyen (3), mengikut mana-mana yang lebih lama, sama ada—

(i)

membuat ketetapan melalui ketetapan khas bahawa syarikat digulung secara sukarela di bawah perenggan 254(1)(b) Akta Syarikat 1965; atau

(ii)

membuat ketetapan melalui ketetapan khas bahawa syarikat itu digulung oleh Mahkamah dan dengan sewajarnya mengemukakan suatu petisyen kepada

Mahkamah di bawah perenggan 217(1)(a) Akta

Syarikat 1965 bagi suatu perintah supaya syarikat itu digulung.

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 13

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan walau apa pun apa-apa jua yang telah dibuat di bawah perenggan (2)(a)

syarikat itu boleh, dalam tempoh sembilan puluh hari mulai 18 Februari 1971, memohon kebenaran kepada Pendaftar untuk terus mengendalikan kumpulan wang kutunya sebagaimana yang sedang dikendalikan pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hingga pengendalian kumpulan wang kutu masing-masing itu telah selesai, dan Pendaftar boleh memberi ataupun tidak memberi kebenaran itu; jika Pendaftar memberi kebenaran itu dia hendaklah menetapkan tempoh yang baginya ia dibenarkan dan tempoh itu tidak boleh melebihi dua belas bulan; dan Pendaftar boleh, atas permohonan syarikat itu, dan menurut budi bicara mutlaknya, memberi, dari semasa ke semasa, pelanjutan tempoh itu supaya pelanjutan tempoh yang diberikan itu kesemuanya tidak boleh melebihi dua belas bulan.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3) Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, memberi apa-apa arahan kepada syarikat itu dan membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat atau perlu.

(5)

Jika kebenaran diberikan di bawah subseksyen (3) Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat atau perlu.

(6)

Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, menarik balik atau mengubah suai mana-mana kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (3) atau mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5).

(7)

Jika syarikat itu tidak berpuas hati dengan—

(a)

apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (3) atau (6); atau

(b)

apa-apa arahan yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (4); atau

(c)

apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5), syarikat itu boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh mana-mana keputusan, arahan, terma atau syarat itu disampaikan kepada syarikat itu, merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 28

(8)

Jika keingkaran berlaku dalam mematuhi subseksyen (1), syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa syarikat itu tidak bertanggungan atas kesalahan itu berkenaan dengan kumpulan wang kutu yang sedang dikendalikan pada tarikh kuat kuasa Akta ini dari masa suatu permohonan oleh syarikat itu di bawah subseksyen (3)

diterima oleh Pendaftar dan hingga keputusan telah dibuat oleh

Pendaftar, dan kemudiannya bagi tempoh selama apa-apa kebenaran yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (3) berkuat kuasa:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa kebenaran itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berkuat kuasa jika syarikat itu melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5).

(9)

“Pendaftar” dalam seksyen ini ertinya Pendaftar Syarikat dan tidak termasuk mana-mana Timbalan atau Penolong Pendaftar

Syarikat Wilayah.

Penggulungan atas permohonan Menteri

Section 8 — AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971